Sunday, 4 October 2015

Objektif

DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
        Menyedari kedudukan ketidakseimbangan social ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.
       Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, social, keudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Pembasmian Kemiskinan:

      Kumpulan kemiskinan yang terdiri daripada pekebun kecil , nelayan , menanam padi , pekerja estet dan penternak . Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan .
       Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas .
       Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden, kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan bantuan kewangan dan teknik , serta peluang pendidikan dan latihan.
       Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun, tanaman padi luar musim, kemudahan parit dan tali air, kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.

Strategi Penyusunan Semula Masyarakat :

    Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing.
    Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.
    Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah. Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia .


No comments:

Post a Comment