Sektor
Pendidikan
Kejayaan
Dasar Ekonomi Baru yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar
kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera . Melalui
pendidikan yang di terapakan telah memberikan impak yang positif hingga di mana
bilangan professional Bumiputera telah bertambah . Peratusan graduan Bumiputera
ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma Bumiputera ke puncak tertinggi
juga meningkat . Kini terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital
.Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun dahulu di
mana hanya segelintir sahaja doctor pakar Bumiputera . Malahan kini banyak
syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan professional Bumiputera dan
ramai juga mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara
Kejayaan Dasar Ekonomi Baru melalui
pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak
70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan .
Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai
kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara . Pada masa kini ,
Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik
hartanah , perunding perhubungan awam , pengurus dana dan perunding
kejuruteraan . Inilah hasil daripada pendidikan di bawah Dasar Ekonomi Baru
yang melahirkan professional Melayu yang dihormati . Dalam erti kata lain Dasar
Ekonomi Baru telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah
Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat .
Selain itu , kesan dari perancangan Dasar
Ekonomi Baru melalui pendidikan telah Berjaya meningkatkan peratus
kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi . Menurut Khairy
Jamaluddin iaitu Ahli Parlimen Rembau . Sehubungan itu , kemasukan pelajar
Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan
ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah
sistem kuota. Selain itu , kemasukan pelajar Melayu ke dalam kursus-kursus di IPTA
juga meningkat . Negara juga mempunyai 18 instutusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) termasuk universiti Islam. Melalui Dasar Ekonomi Baru juga jurang
pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan
persaingan yang lebih adil dan saksama . Selain menempatkan guru-guru
berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan yang
sama seperti terdapat di bandar termasuklah infrasruktur Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) juga disediakan . Segala ini diambil kira bagi mewujudkan
medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk Berjaya dapat
ditingkatkan . Negara Malaysia kini mempunyai sekolah Bestari di mana meurut
Dato Najib Tun Razak .
Antara tujuannya adalah untuk menyediakan satu
kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi . Selain itu juga betujuan
untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk
belajar . Maka dengan ini terbuktilah bahawa Dasar Ekonomi Baru mampu memainkan
peranan dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil
usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia .
Sektor
Pembasmian Kemiskinan (FELDA).
Penempatan Felda sama ada unit
perkampungan tunggal atau bandar adalah komuniti yang sengaja dibina atau
dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara
. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana
ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang
dibentuk khusus untuk membawa perubatan sosial , ekonomi dan fizikal kepada
masyarakat desa . Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancang
secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar .
Penyediaan
Infrastruktur Komuniti.
Petempatan
FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan
sosial para peneroka . Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan
bekalan air untuk kesenangan para peneroka , sekolah untuk pendidikan anak-anak
, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal , masjid untuk kesejahteraan
rohaniah , kemudahan komuniti untuk perkembangan mental , kedai untuk memenuhi
keperluan harian dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut
dibrikan kepada peneroka FELDA .
Pernyediaan infrastruktur di petempatan
FELDA mencrminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa iaitu
berasakan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan
memuaskan sekiranya pusat-pusat petempatan ini tidak disertakan dengan
pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrustruktur yang diperluakn
oleh sesebuah komuniti .



Terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete