Sunday, 4 October 2015

Kesimpulan

         Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan negara untuk jangka masa 1970 -1990 melalui zaman tiga Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Secara keseluruhannya DEB tidaklah mencapai sasaran 100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan jayanya.
         Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah kemeseletan ekonomi dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Apa yang pasti, DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990.
         Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Semangat DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sering kali menekankan semangat DEB wajar diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera.


No comments:

Post a Comment