Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat
utamanya ialah perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini.
Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan
serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.
Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki
keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak
menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.Didapati juga orang melayu
masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun
Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu
program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun
1970 hingga tahun 1990.
Secara khususnya sumbangan DEB kepada
pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan
menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang.
Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang
diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua
rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional
menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan
diantara kawasan bandar dan luar bandar.
Membangunkan sebuah masyarakat yang maju
dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping
memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan
negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan
kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu
budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

