Sunday, 4 October 2015

Kesimpulan

         Tahun 1990, telah menandakan berakhirnya DEB yang menjadi asas rancangan pembangunan negara untuk jangka masa 1970 -1990 melalui zaman tiga Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Secara keseluruhannya DEB tidaklah mencapai sasaran 100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan jayanya.
         Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah kemeseletan ekonomi dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Apa yang pasti, DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tamat pelaksanaannya pada tahun 1990.
         Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Semangat DEB juga masih dikekalkan dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini dan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sering kali menekankan semangat DEB wajar diteruskan demi pembangunan kaum bumiputera.


Kesan kesan Dasar Ekonomi Baru

Sektor Pendidikan


   Kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera . Melalui pendidikan yang di terapakan telah memberikan impak yang positif hingga di mana bilangan professional Bumiputera telah bertambah . Peratusan graduan Bumiputera ke luar negara untuk mencapai tahap profesionalisma Bumiputera ke puncak tertinggi juga meningkat . Kini terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital .Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kira-kira 45 tahun dahulu di mana hanya segelintir sahaja doctor pakar Bumiputera . Malahan kini banyak syarikat besar di Malaysia diketuai oleh golongan professional Bumiputera dan ramai juga mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara 

   Kejayaan Dasar Ekonomi Baru melalui pendidikan telah membawa kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan sejak 70-an yang telah menyumbang kepada peluasan peratusan kelas pertengahan . Masyarakat Melayu yang berpendidikan akan dapat membantu mewujudkan lebih ramai kelas pertengahan bagi kestabilan politik dan ekonomi negara . Pada masa kini , Melayu memiliki sejumlah perniagaan di peringkat tinggi misalnya pemilik hartanah , perunding perhubungan awam , pengurus dana dan perunding kejuruteraan . Inilah hasil daripada pendidikan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang melahirkan professional Melayu yang dihormati . Dalam erti kata lain Dasar Ekonomi Baru telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat .

    Selain itu , kesan dari perancangan Dasar Ekonomi Baru melalui pendidikan telah Berjaya meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar Bumiputera di peringkat tinggi . Menurut Khairy Jamaluddin iaitu Ahli Parlimen Rembau . Sehubungan itu , kemasukan pelajar Melayu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melepasi tahap 60 peratus dan ini adalah satu peratusan yang jauh lebih tinggi dari yang ditetapkan di bawah sistem kuota. Selain itu , kemasukan pelajar Melayu ke dalam kursus-kursus di IPTA juga meningkat . Negara juga mempunyai 18 instutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk universiti Islam. Melalui Dasar Ekonomi Baru juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama . Selain menempatkan guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan yang sama seperti terdapat di bandar termasuklah infrasruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga disediakan . Segala ini diambil kira bagi mewujudkan medan persaingan menjadi lebih rata dan peluang anak Melayu untuk Berjaya dapat ditingkatkan . Negara Malaysia kini mempunyai sekolah Bestari di mana meurut Dato Najib Tun Razak .

     Antara tujuannya adalah untuk menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang kreatif dan berteknologi . Selain itu juga betujuan untuk mendemokrasikan pendidikan agar semua kanak-kanak berpeluang untuk belajar . Maka dengan ini terbuktilah bahawa Dasar Ekonomi Baru mampu memainkan peranan dalam pendidikan apabila kejayaan demi kejayaan telah dikecapi hasil usaha keras kerajaan dan kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia .


Sektor Pembasmian Kemiskinan (FELDA). 


       Penempatan Felda sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara . Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubatan sosial , ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa . Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancang secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar .

                                                                  
Penyediaan Infrastruktur Komuniti.

   Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka . Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka , sekolah untuk pendidikan anak-anak , pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal , masjid untuk kesejahteraan rohaniah , kemudahan komuniti untuk perkembangan mental , kedai untuk memenuhi keperluan harian dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut dibrikan kepada peneroka FELDA .
  


   Pernyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencrminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa iaitu berasakan kepercayaan bahawa perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-pusat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrustruktur yang diperluakn oleh sesebuah komuniti .

Objektif

DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
        Menyedari kedudukan ketidakseimbangan social ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.
       Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, social, keudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi Pembasmian Kemiskinan:

      Kumpulan kemiskinan yang terdiri daripada pekebun kecil , nelayan , menanam padi , pekerja estet dan penternak . Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan .
       Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas .
       Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden, kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan bantuan kewangan dan teknik , serta peluang pendidikan dan latihan.
       Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun, tanaman padi luar musim, kemudahan parit dan tali air, kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar.

Strategi Penyusunan Semula Masyarakat :

    Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak bermakna menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing.
    Selain itu, strategi menyusun semula masyarakat juga termasuk membina satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak,kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera.
    Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi. Antaranya ialah pembangunan wilayah. Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia .


Faktor-Faktor Penubuhan DEB

       Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970 selepas negara dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Siapa sangka bahawa peristiwa rusuhan kaum ini merupakan kejutan sosiopolitik terhadap kehidupan masyarakat majmuk di negara kita yang dipisahkan jurang sosioekonomi yang sangat ketara oleh penjajah tanpa diatasi sepenuhnya pemimpin terdahulu. Atas dasar demi kemakmuran dan keamanan yang perlu dikekalkan, maka kerajaan mengambil telah langkah bijak dengan usaha mengagihkan kekayaan negara kepada semua kaum terutama kaum bumiputera yang jauh ketinggalan dalam menikmati kemakmuran dalam negara sendiri menerusi DEB.
    DEB juga merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang meliputi tempoh antara tahun 1970-1990 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan  Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990 ).

        Bagaimana pun, masyarakat bukan bumiputera juga tidak dinafikan hak mereka. Dalam pelaksanaan DEB, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Kedua-dua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia.

Saturday, 3 October 2015

Pengenalan


      Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.
     Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.Didapati juga orang melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
    Secara khususnya sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang. Selain itu menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat malaysia. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar.


   Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan negara.Disamping itu, DEB juga memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.